Social Icons

Featured Posts

Promosi bulan March

Dapatkan 1 botol ESP percuma dengan setiap pembelian 6 unit ESP. Berbaloi-baloi!! Sah sehingga 31 March 2014 sahaja.

Vivix - Si Tonik Ajaib

Vivix tidak dikenali dengan nama jolokan Si Tonik Ajaib kalau ia bukan benar-benar menghairankan ramai pengamal perubatan.

Bisnes dengan RM75? Ada ke?

Anda tidak perlu mempunyai rumah kedai yang sewanya RM2000 sebulan untuk berniaga. Tidak perlu meminjam bank untuk mencari modal. Cukuplah dengan RM65 dan kehendak hati yang tinggi. Insya-Allah pasti berjaya. Saya akan tunjukkan caranya.

Mar 5, 2014

Tamat Sudah Fasa Sinusitis

Bismillahirrahmanirraheem..

Pada hujung bulan Ogos 2013, En.Suami dimasukkan ke PCMC utk pembedahan sinus. Sebelumnya dah kerapkali dia terasa sakit yg amat sangat di kawasan atas kening dan di tulang pipi.. terutamanya bila naik kapal terbang, ketika kapal terbang nak turun mendarat. Pernah juga dia terbaring dirumah akibat kesakitan yg amat sangat. Bila ke klinik, acapkali diberi ubat tahan sakit, antibiotik dan ubat selsema.. Jelas sekali ubat-ubatan tersebut hanya menawarkan kesan jangka pendek. Selain daripada ubat-ubatan klinik, En.Suami juga sentiasa mengamalkan pemakanan sunnah seperti madu, habbatussauda dan minyak zaitun.

Doktor menyatakan fluid (ada doktor lain sebut nanah) yang terdapat di bahagian atas kening yang telah dikeluarkan dah lama "bertakung" disitu.. keadaan fizikalnya sangat pekat dan mungkin itulah yang membuat kesakitan berganda bila ada faktor perubahan tekanan/ altitud. 3 bulan selepas operation, kami ke Sabah dan ketika kapal terbang nak turun mendarat, dia masih terasa sakit tapi tak seteruk sebelum2 ni. Begitu juga bila naik kapal terbang utk kali berikutnya..

Setelah dapat tahu ada supplement Shaklee yang sesuai utk resdung, saya anjurkan utk dia cuba. Sebelumnya, selama sebulan selepas operation dia hanya makan Vitamin C dan Alfalfa. B Complex tak diambil sebab dia rasa tiada keperluan. Setelah dapat maklumat set resdung, dia pun terus mengambil ketiga-tiga supplement tersebut secara konsisten. Vitamin C dan B-Complex hanya sebijik sehari. Alfalfa dia makan 9-10 bijik sebab dia suka dengan kesan pelawasan selepas makan alfalfa :D


Mar 3, 2014

Tips Di Guangzhou

Bismillahirrahmanirraheem..

Alhamdulillah.. Minggu yang lalu saya berkesempatan ke Guangzhou bersama En.Suami.. tujuan hanya menemankannya ke LED Exhibition di sana. Kami menyewa hotel JinJiang Inn selama 2 mlm. Ada terjumpa hotel lain yang harga lebih murah tapi hotel ini kata En. Suami Insyaallah lebih selesa & selamat sebab ada polis berjaga dimalam hari. Lagi satu, ia mudah dijumpai oleh pemandu teksi dan ramai orang Malaysia yang memborong tinggal disitu..

Guangzhou adalah syurga borong.. sebut sahaja apa barangnya.. adalah kawasan spesifiknya:
  • Nan Fang Da Sha - barang2 elektronik & handphone 
  • Baiyun World Leather - handbag bermacam2 gred
  • Zhong Da - kain2 & tekstil
  • Onelink Plaza - cenderahati & mainan 
  • Kids City - pakaian kanak2
  • Yang Jiang Dong Lu - cadar2
  • Nantian Road - barang2 hardware
  • Beijing Lu - pasar malam
  • Shangxiajiu Lu - pasar malam moden
  • dan banyak lagi... 

Feb 19, 2014

Breakfast Crepe

Bismillahirrahmanirraheem..

Breakfast crepe nama diberi.
Dimakan bersama kuah kari.
;)

Pagi tadi selongkar dapur tengok kari sardin masih berbaki.. tapi bila cari roti, dah habis rupanya.. nak meroti memang dah tak sempat dah pun.. masa ada 30min saja sebelum 8am.

Apalagi, terus keluarkan blender dan kuali leper dan ON Chef Mode. Chef konon :p


Kalau nak makan ramai-ramai kena gandakan adunan. 


Feb 17, 2014

Pengalaman Pertama Berkarnival

Bismillahirrahmanirraheem..

Seronok tak terkata bila dapat sama-sama menjayakan Karnival Rakyat di Melawati tempoh hari.

Yang paling seronok tentunya anak-anak dirumah.. Seminggu sebelum karnival, hari-hari tanya.. kita nak jual Shaklee ke ummi? Terutama yang kecik sekali. "Hari ni hari apa ummi? Bila nak hari Sabtu?" Lepas tu bila diberitahu masing-masing boleh dapat upah bila tolong ummi apalagi, keseronokan berganda-ganda! Kakak & Luqman siap keluarkan buku cerita dan komik-komik untuk dijual pada harga murah. Dah dipesan awal-awal, cuba untuk dermakan separuh keuntungan. Lagi separuh masuk tabung masing-masing. Senyum lebar mereka!

Pertama kali dalam hidup saya buka booth sendiri yang mengeluarkan modal sendiri. Sebelum ni hanya pernah jadi pembantu allahyarham pakcik berniaga sahaja.. itupun lebih 20tahun yang lalu. Saya memang tak gheti nak berniaga langsung!! Tapi kali ni bersemangat sangat rasa. Sebab niat asal bukanlah untuk berniaga, tapi untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai bahawa Shaklee ni tidaklah mahal mana! Bahawa Shaklee ni adalah supplement yang semulajadi dan terbaik. Bahawa dengan Shaklee anda mampu menikmati kehidupan yang lebih baik dari segi kewangan dan kesihatan, InsyaAllah.. dengan izin Allah.


Feb 14, 2014

Kek Yogurt dengan Kiwi

Bismillahirrahmanirraheem..

A very simple & easy cake but insyaallah very moist & yummy!
Dah pernah buat dulu-dulu kala.. dan banyak kali juga, terutama bila ada yogurt yang dah hampir due date :p
Resepi asal guna buah strawberry tapi takdak dalam peti.. kebetulan ada kiwi, bolehlah diganti. Buah-buah lain yang lembut insyaallah boleh guna.. seperti blueberry, peach, plum, tapi mempelam tak pasti pulak. Tak pernah cuba lagi :D





Feb 11, 2014

Moist Chocolate Marble Cake

Bismillahirrahmanirraheem..

Kek marble ni dibuat atas permintaan adik Nuha. Dah pernah buat sebelum ni guna resepi lain tapi kali ni saja nak cuba resepi yang ada buttermilk. Memang moist & lembut & gebu. Adik Nuha kata sedap, sama macam kat kedai. Kawan nuha pun cakap sedap. Pandai bodek ummi ye.. :p




Sumber: thekitchn.com


Feb 10, 2014

Nutrisi TERBAIK untuk Ibu Hamil

Bismillahirrahmanirraheem..

Sejak mula berkecimpung dalam dunia nutrisi baru saya tahu perbezaan supplement yang dikatakan dari sumber semulajadi dan juga sintetik:




Saya teringatkan keadaan semasa saya mengandung dahulu.. Ketika itu saya sangat malas makan vitamin. Tapi bila disuruh puan doktor, saya paksa juga diri untuk telan. Acapkali juga terkeluar semula terutamanya OBIMIN sebab saiznya yang besar. Ketika itu saya perasan, setelah 3 kali terkeluar balik OBIMIN yang asalnya berwarna pink bertukar putih. Telan sajalah! Kini baru saya tahu, OBIMIN adalah vitamin sintetik yang berperwarna!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my

Total Pageviews