Social Icons

Feb 14, 2014

Kek Yogurt dengan Kiwi

Bismillahirrahmanirraheem..

A very simple & easy cake but insyaallah very moist & yummy!
Dah pernah buat dulu-dulu kala.. dan banyak kali juga, terutama bila ada yogurt yang dah hampir due date :p
Resepi asal guna buah strawberry tapi takdak dalam peti.. kebetulan ada kiwi, bolehlah diganti. Buah-buah lain yang lembut insyaallah boleh guna.. seperti blueberry, peach, plum, tapi mempelam tak pasti pulak. Tak pernah cuba lagi :D







Sumber dari happyhomebaking

Bahan-bahan:
  • 1/2cwn gula perang
  • 1/4cwn gula putih
  • 3biji telur
  • 1/2cwn yogurt
  • 1/2cwn ground almond (boleh ganti tepung biasa atau tepung wholemeal)
  • 1cwn tepung
  • 2sdk baking powder
  • secubit garam
  • 1/2cwn minyak sayur/ minyak zaitun
  • 2biji kiwi dipotong kecil

Tatacara:
  1. Panaskan oven ke 180C. Sediakan loyang bulat 8inci (Gris loyang & tabur tepung sikit).
  2. Pukul sebati gula, telur dan yogurt. Masukkan ground almond kemudian ayak tepung dan baking powder dan garam dan gaul sebati.
  3. Kaupbalikkan minyak kedalam adunan tadi hingga sebati.
  4. Tuang separuh atau 2/3 adunan kedalam loyang. Tabur sebahagian kiwi keatas adunan. Tuang baki adunan sehingga habis dan tabur baki kiwi keatas adunan.
  5. Bakar selama 40-50minit.
  6. Tabur gula aising untuk lebih cantik dipandangan mata ;)
Senang je kan? :)

Selamat mencuba!

2 comments:

mamabudak2 said...

Kaupbalikkan minyak... hebat vocab ju :D

mrsplainjune si said...

err.. salah ke cwin? sesedap rasa je tulis. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my

Total Pageviews